Sunday, December 26, 2010

Kekeliruan Antara Masjid Al-Aqsa Dan Dome of The Rock



Assalamualaikum…
  • Dengan izin Allah S.W.T. kita bertemu sekali lagi diruangan ini.
  • Kali Ini Saya Ingin Memaparkan pula Maklumat PENTING dimana hampir kebanyakan telah tersilap.
  • Pada mulanya saya juga tersilap.. Tetapi setelah mononton dokumentari THE ARRIVALS dari You Tube.. Ternyata saya tersilap..



Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock!

Setelah mencari tahu dengan melakukan Browsing Internet dari pelbagai sumber ternyata faktanya kebanyakan Umat Islam sengaja dibawa ke persepsi berbeza berkenaan kiblat pertama Umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa.


§ Cuba lihat gambar diatas. Tentunya ramai yang menyangka dan berkata masjid yang mempunyai kubah berwarna keemasan itu adalah Masjid Al-Aqsa. (Anda Mesti Berkata Ya..bukan?)
§ Jika diperhatikan dengan lebih teliti, kita akan melihat lagi sebuah kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar.
§ Percayalah, kubah berwarna hijau itulah adalah Masjid Al-Aqsa yang sebenar..
§ Masjid yang mempunyai kubah berwarna keemasan itu adalah Dome of The Rock ataupun Masjid Al-Sakhrah.
§ Anda Tertipu? Anda baru menyedarinya?
§ Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertaman bagi Umat Iskam sebelum dipndahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT.
§ Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan demikian, Pihak Zionist telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjid Al-Aqsa.
§ Tujuan mmereka adalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa sebenarnya.
§ Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
§ Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat.
§ Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa.



(Masjid Al-Aqsa Yang Sebenar)




(Dome of The Rock @ Masjid Al-Sakhrah)



(Pandangan Dari Atas Dome of The Rock dan Masjid Al-Aqsa)









(Lakaran Kompleks Masjid Al-Aqsa)



Agenda Israel (Zionist) menghapuskan Masjidil Aqsa
Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan perancangan mereka.

Terjemahan surat Dr. Marwan:
Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.
Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.

Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai





* Adakah Zionist ingin mendapatkan harta yang terdapat di bawah Masjid Al-Aqsa?
* Anda menjawab Ya? Jawapan sebenarnya bukan…
* Saya akan ringkaskan sedikit cerita berkaitan..
1. Siri perang salib pada tahun 1099 adalah permulaan kepada dunia yang dikatakan moden ini.
2. Ketika itu Jerusalem jatuh ke tangan Tentera Salib.
3. Pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentera yang dinamakan “Knight Templar” dibentuk.
4. Knight Templar ini telah mengawal keadaan Jerusalem dan juga telah mencipta satu ekonomi sendiri.
5. Tetapi satu yang Unik telah berlaku kepada kumpulan Knight Templar yang jarang-jarang kita dengar..
6. Kumpulan tersebut telah menemui harta yang tidak ternilai dibawah Masjid Al-Aqsa ketika berada di Jerusalem.
7. “harta” tersebut merupakan buku sihir purba milik Bani Israel yang di rampas oleh Nabi Sulaiman A.S.
8. Nabi Sulaiman A.S. merampas buku-buku sihir dan menyimpannya disebuah bilik rahsia di bawah Masjid Al-Aqsa.
9. Knight Templar telah menemui bilik tersebut dan belajar simbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israel.
10. Sihir-Sihir tersebut sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan penyembahan Iblis.
11. Mereka dapat berhubung dengan Al-Masih Ad-Dajjal (Dajjal Laknatullah) yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. lagi,
12. Dajjal menjanjikan kekuasaan, kekayaan dan kenikmatan yang tiada tandingan.
13. Sebagai balasan, Para Penyembah Iblis akan bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya,
14. Termasuklah membina Haikal Sulaiman sebagai istana tempat Dajjal memerintah dunia apabila dilepaskan nanti.
15. Tetapi Jerusalem berjaya di rampas oleh Tentera Islam kembali. The Knight Templar terpaksa lari balik ke eropah.

* Malalui sedikit ringkasan ini, apakah Zionist menggali lubang di sekitar Masjid Al-Aqsa adalah untuk mencari harta dibawah Masjid Al-Aqsa? Tentu sekali bukan.. Kerana mereka telah menjumpai harta tersebut lama dahulu.
* Adakah anda telah faham bahawa tujuan sebenar penggalian lubang untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa? Sudah Pasti Ya…
* Apakah anda mengetahui bahawa tujuan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa adalah untuk membina Haikal Sulaiman sebagai istana Pemerintahan Dajjal?
* Jawapannya Ya..Tinggal anda sendiri yang cuba fahamkan, membuka mata dan mencari kebenaran.


UNTUK INFORMASI LAIN SILA KLIK :
§ Atau anda boleh saja mencari sendiri maklumat melalui internet.

Sekian Saja Maklumat Yang saya sampaikan….
Andai kata saya tersalah harap di perbetulkan..
Moga kita menjadi Umat Islam yang bersatu padu..
Ingatlah, Fitnah Paling Besar ialah Fitnah Dajjal laknatullah. Ingatlah bahawa Konspirasi Agungnya adalah untuk menyesatkan manusia…
Moga Allah SWT melindungi kita semua..
Assalamualaikum…

No comments:

Post a Comment